02 Ogos 2010

Cantik ketika hamil


Hamil tidak bermakna seseorang wanita itu tidak boleh bergaya dan tampil dengan wajah yang cantik. Sebenarnya anda boleh melakukan rawatan kecantikan secara semulajadi tidak kira di spa mahupun dirumah, tetapi dalam masa yang sama anda harus bijak membuat pilihan rawatan kerana jika tersalah pilih rawatan, ianya akan memudaratkan kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan anda nanti. Seharusnya, anda perlulah menghindari rawatan yang berasaskan bahan-bahan kimia dan penggunaan alatan yang menggunakan teknologi canggih seperti laser. Kalau boleh cuba anda membuat rawatan menggunakan bahan semulajadi. Sebenarnya bahan semulajadi ini banyak manfaatnya tau! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan