15 Ogos 2010

Pemakanan yang berkhasiat

Penampilan yang menarik adalah dari tubuh badan yang sihat, tiada maknanya kalau ada pakai pakaian yang menarik tetapi kesihatan anda bermasalah..sakit tu,sakit nie...Seharusnya kesihatan dan penampilan perlu seiring bagi mengekalkan keserian dan kesegaran wajah dan badan sepanjang masa.




Tabiat pemakanan yang kurang baik mampu mencacatkan penampilan seseorang dan pasti ada diantara anda yang tak henti-henti menyuap makanan ringan apabila berada didalam keadaan stress,bukan??..Menjamu selera sebelum tidur dengan pengambilan makanan berat ataupun snek ringan pastinya akan membuat anda lena dibuai mimpi selepas itu... Tetapi anda perlu ingat, anda pendapat mengatakan makan sebelum tidur boleh mengakibatkan kegemukan...




Sekiranya anda takut kelaparan apabila ditengah malam, apa yang sepatutnya anda lakukan adalah mengambil lebih banyak sayuran dan protein ketika makan malam. Ini kerana kandungan serat yang tinggi dan protein yang kurang kadar lemaknya akan membuatkan anda akan sentiasa kenyang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan